Sunday, December 28, 2008

Kalam Untuk Maahad..



Penulis: Abang Lah/Abdullah Long,
ex-MML Batch 2007
http://lahlong.blogspot.com/

Kudahulukan kalam Salam Perjuangan buat adik-adik yang masih berjuang di bumi Maahad tercinta.Terlebih dahulu,setangkai kalungan terima kasih ku luruskan buat kalian kerana sudi melapangkan waktu untuk singgah di blog ini untuk menjamah secubit taujihah bagi mengubati kealpaan diri bersama.Telefonku berdering-dering petanda menerima kemasukan panggilan yang berkehendak diriku melayannya.Kelihatan nombor yang tidak bernama di skrin telefon bimbitku.Bimbang di hati untuk menyahutnya kerna memikirkan utusan dan perkhabaran apa bakal mencuri ruang perhatian sepasang telingaku.Kerunsingan mula menyelubungi diri ini bermula bilamana telefon resamku telah dicabul kehormatan hak asasinya pabila diragut oleh kekejaman tanganku sendiri.

Kuberanikan diri menjawabnya dan kedengaran suara yang dibawa deruan angin nun jauh dari Pasir Puteh,bumi lahirnya pejuang Tok Janggut,Tok Guru yang sama-sama menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sehinga berguguran syahid di jalan Illahi.Semoga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang selayak baginya...

Fikiran mula merunsing namun kucuba menggagahkan diri,melapangkan telinga mendengar kalam dari insan yang mulia.Kutahu,jika panggilan yang datang dari utusan bumi Maahad mesti membawa pengkhabaran dan memerlukan kerahan pemikiran untuk memenuhinya.Kupernah berjanji,seia sekata dengan sahabat tercinta yang bersusah payah dalam perjuangan di Maahad tercinta,untuk diri ini menetapkan sokongan dan perhatian terhadap Maahad Al-namuzaaji walaupun diri ini telah terputus pertaliannya dari pandangan zahiriah yang menipu.Kupasti kalian di Maahad mengenali diri yang kucintai ini,gelaran Zul-Faisal yang kini sedang berjihad di bidang imu di bumi Al-Azhar.Kadang-kadang,suka hati kecilku teringat kenangan bersama dengannya yang masih terpahat dikalbu ini.Semoga kita mendapat naungan di bawah arasyh Allah,ditempatkan dikalangan mereka yang bercinta dan berkasih sayang kerana-NYA.Diri yang dhaif ini ingin berpesan kepada adik-adik kecilku di bumi Maahad,yang sedang berjuang memerah keringat dan memadu tenaga:

  1. Ingatlah jika anda berada dalam saf kepimpinan,amanah itu merupakan satu taklifan yang berat sehingga haiwan dan bukit bukau tidak sanggup memikulnya.
  2. Jagalah hubungan baikmu dengan orang-orang di bawah dan di atasmu dan ingatlah asal kejadianmu sama seperti mereka.
  3. Teruskan perjuangan dengan menghidupkan usrah Jilul Arifin,Jilul Quran,Jilul Mujaddidin bersama dan jangan wujudkan benteng dan tebing antara kamu.Bersatu dalam satu saf dan jangan bercerai-berai.Kami tidak pernah membezakan kamu di mata dan hati ini.
  4. Jauhkan diri dari sikap meminta-minta jawatan kerna kelak akan menyusahkan diri kamu dan memakan diri sendiri.
  5. Wujudkan sistem perkaderan yang efektif dalam semua badan utama dengan diterajui oleh BALKIS selaku penggerak utama.
  6. Kembalikan kuasa MPP ke tempat yang sepatutnya dan janganlah dicabuli hak sahabatmu di Maahad.
  7. Hubungkan jalingan dengan guru-gurumu walaupun berlainan fikrah denganmu kerna kuyakini di sana ada keberkatan dari tuhanmu.
  8. Hapuskan benteng dan jurang di antara pelajar pondok dan bukan pondok dan wujudkan biah solehah kita bersama.
  9. Seringkali mendampingi buku-buku dan kitab yang selain dari pelajaran harian sebagai bekalan dalam menguruskan dan menyusun organisasi.
  10. Kuyakini kalian mampu melakukan lebih terbaik dari kami dahulu,dan kuharap kalian dapat menampung kekurangan yang tidak mampu kami tampung dahulu.

No comments: