Friday, February 6, 2009

Ikhtilat Moden Turut Mengundang Kemungkaran


Tidak tersentuhkah perasaan kita apabila melihat Muslimah lain (lebih lagi jika ahli keluarga kita), dijamah begitu sahaja aurat mereka yang dihiasi oleh pakar segala andaman, Syaitan yang direjam, dengan pandangan yang ditajamkan pula oleh panahan Syaitan? Realitinya, ada yang berbangga pula dengan kecantikan Muslimahnya menjadi tontonan khalayak. Natijahnya berjayalah jarum halus yang dicucuk oleh Syaitan dibantu oleh gerakan Freemason sedunia yang ingin merosakkan Muslimin sedayanya.

Semalam juga sempat ana "berchatting" dengan seorang adik yang menyentuh budaya Tagging, Friendster, MySpace dan sebagainya yang menjadi budaya remaja dunia. Pada masa yang sama ana membuka blog Akhi Tawel (The Forgotten Lessons) dan Subhanallah, Akhi Tawel juga membicarakan hal yang sama! Sudah lama ana memikirkan perkara yang sama, dan memerhatikan budaya ini. Tentu sekali banyak perkara di dunia ini bak pisau boleh digunakan untuk kebaikan dan keburukan. Tanggungjawab kita pula sebagai mukallaf untuk mengambil kebaikan dan menjauhi keburukannya.

Sayangnya, jiwa yang sudah rosak mudah cenderung kepada keburukan daripada kebaikan. Maka jadilah Friendster dan sebagainya, alat "ikhtilat" moden dan membudayakan hubungan bukan mahram tanpa batasan. Hatta "Azhariah"(siswi al-azhar) yang cukup berjaga-jaga dengan ikhtilat pun, bersama-sama merancakkan lagi budaya ini, meletakkan pula gambar-gambar yang selama ini cukup dijaga, untuk tatapan dunia.

Biasanya wanita cukup berjaga-jaga dari memberi orang lain gambarnya. Tapi kini seisi dunia boleh melihat dan mengambil gambar mereka tanpa batasan. Fitnah ini melanda semua masyarakat dunia tanpa disedari atau dipedulikan. Kalau kita katakan zaman ini zaman moden, maka sedarilah sesungguhnya syaitan itu akan cuba sedayanya juga memodenkan segala jarum tipu muslihatnya sesuai dengan zaman ini.

Petikan dari-- http://aljoofre.iluvislam.com/
http://hisbahpmram.blogspot.com/

3 comments:

eL Magnifico said...

nasib aku dh berenti ms, fs sume tuh. malakat still on. ekeke

btw, ssh r nk komen .

blog aku http://elafyf.com/ x pakai blogspot. enable r anonymous comment.ekeke

Bahtera Dakwah said...

huhu elafyf..
sedih jugak kadang2..
kalu org hk paling dekat ngan kita sediri pn
stail macam artikel kat atas ni jugak...

lloni pn malas dh nk on malakat..
tak tahu bakpo..

Saifudin Abu Bakar AlBanggoli said...

Bismillahirrahhmanirrahim..

sekadar coretan dari bumi Syam..

suatu usaha murni yang cukup bagus ambo napok..
bagus2..
BALKIS,teruskan dalam menghapuskan gejala IKHTILAT..
mungkin nampak keterlaluan jika menggunakan perkataan menghapuskan itu,tp itulah hakikatnya..
IKHTILAT,suatu perkara yang sering diremehkan oleh student...
pernah ambo menegur seseorang pasal couple..
n ana menceritakan dari sudut hukum padanya,dan terus masukkan isu IKHTILAT ini kpd beliau..
dan respon yang ana dapat dari beliau,sesungguhnya dia x tahu ape mende IKHTILAT itu..
suatu perkataan baru dalam kamus hidup beliau.
dan si dia itu yang ana maksudkan bersekolah di maahad muhammadi lelaki,sekolah agama tersohor di klate,ko wane?..
jadi,sekadar cadangan dari jauh,
mungkin BALKIS boleh cakna cket dalam hal IKHTILAT nie..
cuba sebarkan seberapa boleh mengenai IKHTILAT..
ana yakin,yang student bawah PMR,x tahu mende IKHTILAT tue..
dan ana rasa,adalah menjadi platform BALKIS tuk menerangkan kpd pelajar...
'ala kulli hal,semoga nuqaba' terus tsabat dalam berdakwah..

Firman Allah Taala..Kamu semua adalah dari sebaik baik umat dari kalangan manusia,kamu menyuruh kpd maaruf,dan menegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah....

segala yg baik dari Allah Taala jua,dan segala yg buruk dari diri ambo yang hina dina ini..

Allah yubarik fiikum..
Wassalam..